| Dalam     sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :     "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T     akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan     dirasainya semasa di dunia ini     antaranya :-  1.Allah     S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap     rezekinya.2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
 3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
 Tiga     macam bahaya adalah ketika dia     hendak mati, antaranya :  1.Roh     dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah     meminum seluruh air laut.2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
 3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
 Tiga     macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-  1.Dia     akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang     sangat menggerunkan.2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
 3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul     (seperti jari bertemu jari).
 Tiga     lagi azab nanti di hari kiamat,     antaranya :  1.     Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
 3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka
 oleh kerana itu ana menyeru, sahabat semua janganlan meninggalkan solat
 
 | 
0 comments:
Post a Comment