kisah epal

Kisah Pokok Epal
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang
amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu
gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap
hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta
memakan epal   sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia
berehat lalu terlelap di perdu pokok epal
tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi
tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai
budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan
menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak
pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak
lagi gemar bermain dengan engkau," jawab
budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan
wang untuk membelinya," tambah budak remaja
itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu
berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu,
kau dapat membeli permainan yang kau
inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik
semua epal di pokok itu dan pergi dari situ.
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu
merasa sedih. Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa
bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina
rumah sebagai tempat perlindungan untuk
keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah.
Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini
dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok
epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin
dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal
itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun
tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih
kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui
pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak
lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu.
Dia telah matang dan dewasa. "Marilah
bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki
yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.
Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai
bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau
akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal
itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan
menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi
dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali
lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal
itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di
sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak
ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk
kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya
ada tunggul dengan akar yang hampir mati..."
kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu
epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah
tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang
pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku
merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki
tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang
pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk
berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka
berdua menangis kegembiraan.
CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA SEMUA
BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA
TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN ITU
ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA
MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA
KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN
MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA,
DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA
KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP
MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN
KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
KITA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP
KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI
FIKIRKANLAH........... ITULAH HAKIKAT YANG SELALU KITA
DAN DIRI SAYA SENDIRI LAKUKAN. HARGAILAH JASA
IBU BAPA DAN JANGANLAH HANYA MENGHARGAI MEREKA SEMASA
MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
" Jika ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang
mulia, maka ilmu dan amal itu tiada nilainya di
                                    sisi Allah swt dan
manusia "

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my song