LELAKI & WANITA


Betapa beratnya menjadi seorang lelaki

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa
sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung
oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan
dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak,
perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya
kalau buat tak baik dosanya ditanggung
oleh suaminya.

BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri,
ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan
isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi
yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-
dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat denganberatnya
dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi
orang lelaki ada keistimewaannya
yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu
kena jadi perempuan. Begitulah kira-
kiranya.

Wanita

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding
lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya
tetapi suami tak perlu taat pd
isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana
masalah haid dan nifas yg lelaki tak
alami.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan di
tempat yg tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan
dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki
tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya
dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka
perlu menggunakan hartanya utk menyara
isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah
syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH
(dosa kecil).. Di akhirat kelak,
seorang
lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita ini: Isterinya,
ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara
lelakinya. Seorang wanita boleh
memasuki pintu Syurga melalui mana-
mana
pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4
syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa
bulan Ramadhan, taat suaminya dan
menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut
menerima pahala seperti pahala org
pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada
wanita ....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my song